Sabtu, November 05, 2011

Pertandingan Nasyid peringkat Sk.Surati anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam & J-Qaf

Tahniah kepada Panitia Pendidikan Agama Islam dan J-Qaf atas penganjuran Pertandingan Nasyid peringkat sekolah sempena Hari Raya Aidil Adha pada 4 September 2011 (Jumaat). Pertandingan ini menyaksikan 12 kelas berentap mengikut tahap masing-masing. Keputusan pertandingan telah diumumkan oleh Ustazah Masnih Sulaiman selaku ketua panita PAI.

Adalah diharapkan agar pertandingan seperti ini terus dikekalkan bagi menyebarkan dakwah islamiah di kalangan murid. Tahniah kepada para pemenang dan jurulatih nasyid yang begitu giat melatih pasukan masing-masing.


Encik Duraman Bakar, Guru Besar Sk.Surati dan Puan Isah Sulung, PK1
Comel sungguh kelas 2 Cemerlang ni
3 Cemerlang gagal mendapat tempat
Kelas 2 Intelek mendapat naib johan tahap 1
Ezwan dari kelas 5 Intelek menerima saguhati
Farah, 5 Cemerlang menerima tempat saguhati
Saguhati untuk tahun 2 Cemerlang
Johan tahap 1 , kelas 1 Cemerlang
Kelas 6 Cemerlang yang bersaing sengit dengan kelas 6 Intelek
Johan tahap 2, Kelas 6 Intelek sekaligus merangkul piala pusingan 2011

Video sila klik sini dan sini.