Khamis, November 17, 2011

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang & Majlis Konvokesyen Prasekolah 2011


Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang telah diadakan pada 17 November 2011 (Khamis). Bagai serampang dua mata, majlis ini dijalankan serentak dengan Majlis Konvokesyen Prasekolah sesi 2011. Majlis ini disempurnakan oleh Encik Shahrin Liman selaku wakil PPD Papar. 


Pelbagai anugerah telah diberikan kepada barisan murid yang telah berjaya mencapai kecemerlangan baik dari segi kurikulum dan kokurikulum sepanjang tahun 2011. Majlis diserikan dengan pelbagai persembahan dari murid Sk.Surati. 

Pada hari ini juga keputusan UPSR telah dikeluarkan secara rasmi. Dua orang murid dari kelas 6 Cemerlang iaitu Dayang Sarah dan Lonie Ramould telah berjaya mendapat 5A. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah berjaya. 

Dif kehormat dan jemputan ibubapa
Pengacara majlis Encik Awang Azmi dan Ustaz Arief
Ucapan alu-aluan dari Encik Duraman Bakar selaku Guru Besar
Ucapan alu-aluan dari Encik Moktar Matyassin, YDP PIBG
Ucapan perasmian dari Encik Shahrin Liman, Wakil PPD
Cenderahati untuk tuan perasmi
Persembahan nasyid dari kelas tahun 6
Persembahan Action Song
Persembahan Koir
Ucapan dari wakil murid prasekolah
Cressantia, penerima anugerah Pusat Sumber
Dayang Sarah & Lonie mendapat 5A UPSR
Qayyim Akmal, antara penerima anugerah matapelajaran terbaik tahap 2
Mohamamd Syariful, antara yang menerima anugerah kelas tahap 1
Adik Hakimi sebagai wakil pengawas