Rabu, Oktober 26, 2011

Pertandingan Sumber Perisian Terbuka OpenOffice.org Peringkat Kebangsaan 2011

21 Oktober 2011 telah melakar satu sejarah baru apabila Sk.Surati telah berjaya menjadi 5 sekolah terbaik untuk mengikuti Pertandingan Sumber Perisian Terbuka OpenOffice.org Peringkat Kebangsaan anjuran KPM dan MAMPU. Pertandingan ini dijalankan selama satu hari di Dewan Serbaguna Jabatan Perdana Menteri Putrajaya, Kuala Lumpur. Sebanyak 82 buah sekolah rendah dan 102 sekolah menengah telah mengikuti pertandingan ini dan hanya lima terbaik dari setiap kategori saja yang layak bersaing ke mengikuti peringkat akhir.
Majlis Pelancaran dan Perasmian Pertandingan OpenOffice.org ini telah disempurnakan oleh YG. BHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL, Ketua Pengarah MAMPU. Keputusan pertandingan boleh diketahui pada 21 Novermber 2011 di laman web http://apps.moe.gov.my/oss/ossday.cfm. Pemenang akan menerima hadiah ada 30 November 2011 di PICC, Putrajaya. Tahniah kepada pasukan multimedia Sk.Surati kerana berjaya ke peringkat ini. 

Pasukan SK.Surati, Puan Zubaidah Ramley, Nur Danisya Azreena, Farah Aqilah dan Qayyim Akmal

Sedang menanti giliran dengan penuh debaran

Penyampaian sijil kepada peserta pertandingan


Persembahan dari Sk.Surati yang cukup menarik

Sesi soal jawab

Semoga kejayaan menjadi milik Sk.Surati.