Jumaat, April 20, 2012

Pertandingan Futsal Terbuka Kanak-Kanak 12TKB Anjuran Puteri UMNO dengan kerjasama PPD Papar


Sk. Surati telah mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan ini kategori perempuan, menewaskan 12 pasukan dari seluruh daerah Papar. Pasukan yang dikenali sebagai Puteri Rajawali ini telah diketuai oleh adik Nur Danisya Azreena manakala Puan Zubaidah Ramley merupakan pengurus sekaligus jurulatih pasukan. Dua pasukan lelaki walaubagaimanapun, gagal meraih sebarang tempat apabila hanya mampu mara ke separuh akhir.

Tahniah kepada Puteri UMNO Papar di atas penganjuran ini. Semoga aktiviti-aktiviti sihat seperti ini dapat terus dilakukan agar manfaatnya dapat dirasai bersama.

Seminar Keibubapaan dan Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Daerah Papar


10 March 2012 (Sabtu)
Seminar Keibubapaan dan Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Daerah Papar telah dilancarkan dengan jayanya di Dewan Masyarakat Papar. Objektif utama seminar ini adalah untuk memberi motivasi kepada ibubapa dan guru mengenai isu kekeluargaan demi pencapaian berkesan anak-anak. Ceramah disampaikan oleh Datuk Haji Ibrahim Saad, Pengarah Biro Tatanegara.

Khamis, April 12, 2012

Mesyuarat agung PIBG sesi 2012-2014



Mesyuarat Agung PIBG 2012 telah menyaksikan rombakan besar dalam carta organisasi pentadbiran PIBG Sk.Surati. Encik Moktar Matyassin selaku YDP selama dua penggal berturut-turut telah meletak jawatan dan memberi laluan kepada wajah baru. 

Majlis ini menyaksikan penyerahan sijil kepada guru-guru dan ahli PIBG sekaligus sijil penghargaan kepada murid yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2011. 

Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Papar


12 April 2012 (Khamis)
Tempat : Sk.Pekan, Kinarut

Karnival ini merupakan satu usahasama yang padu dari guru-guru Bahasa Inggeris untuk memantapkan lagi prestasi Bahasa Inggeris di daerah Papar. 3 acara yang dipertandingkan dalam karnival ini ialah Action Song bagi tahap 1, manakala tahap dua pula Story Telling dan Public Speaking. Sk.Surati hanya mengikuti dua pertandingan iaitu Action Song dan Story Telling. Puan Mariana Anjuman, Wakil PPD Papar telah menyempurnakan majlis ini. 

Karnival Kokurikulum Sk.Surati


3 March 2012 (Sabtu)
Karnival Kokurikulum telah dijayakan dengan sempurna dibawah kelolaan PK Kokum, Puan Norilaini Julius. Karnival ini menyaksikan pelbagai aktiviti seperti pertandingan bola sepak, koir dan nyanyian, aktiviti unit beruniform serta pertandingan mewarna dan melukis.

Keputusan Pertandingan MTQ Daerah Papar

Tempat kedua, nasyid

Pertandingan MTQ Daerah Papar telah dijalankan secara berpusat di Sk.Buang Sayang, Papar. Sk.Surati telah mengungguli beberapa pingat dalam pertandingan ini. Tahniah kepada para pemenang dan guru yang setia melatih dan mendidik para pelajar ini dengan jayanya.

Kursus Penggunaan Akhbar Didik Anjuran Berita Harian



16 March, 2012 (Jumaat)
Kursus Penggunaan Akhbar Didik Berita Harian merupakan satu usaha badan NGO untuk membantu mempertingkatkan mutu prestasi peperiksaan formatif di Malaysia. Kursus ini dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bagi menggalakkan guru-guru menggunakan bahan modul soalan peperiksaan di sekolah. Sk.Surati telah menghantar dua orang wakil bagi menjayakan program ini di sekolah. 

Seminar Keibubapaan dan Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Daerah Papar


10 March 2012 (Sabtu)
Seminar Keibubapaan dan Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Daerah Papar telah dilancarkan dengan jayanya di Dewan Masyarakat Papar. Objektif utama seminar ini adalah untuk memberi motivasi kepada ibubapa dan guru mengenai isu kekeluargaan demi pencapaian berkesan anak-anak. Ceramah disampaikan oleh Datuk Haji Ibrahim Saad, Pengarah Biro Tatanegara Cawangan Sabah. Majlis disempurnakan oleh Datuk Haji Rosnah Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan, Malaysia merangkap P175 Papar. Sk. Surati telah menghantar 3 orang wakil untuk menyertai seminar ini.

Program Guru Penyayang di SK.Surati Papar


Program Guru Penyayang telah dimulakan di Sk.Surati pada 09 March 2012. Semoga program seumpama ini dapat dijalankan dengan baik seiring dengan aspirasi kerajaan untuk menambahbaik nilai kasih sayang dan hormat-menghormati antara guru dan murid.