Khamis, November 17, 2011

Hari Perisian Sumber Terbuka & Penyampaian hadiah Johan Negeri Pertandingan OpenOffice.org Peringkat Kebangsan 2011

Nur Danisya Azreena, wakil peserta dari Sk,Surati
Hari Perisian Sumber Terbuka berlangsung di Auditorium Putrajaya, Kuala Lumpur. Pada majlis yang gemilang ini, anugerah Johan Negeri bagi Pertandingan Openoffice.org peringkat kebangsaan telah disampaikan kepada semua pemenang. Sk.Surati telah muncul sebagai Johan Negeri Sabah. 

Seramai tiga orang murid telah mengikuti pertandingan ini. Namun, pada majlis penyampaian ini, hanya seorang saja wakil yang dihantar untuk menerima anugerah iaitu adik Nurdanisya Azreena Mohammad Azmi. Pemenang menerima sijil dan wang tunai sebanyak RM400 sumbangan KPM. Kesinambungan pada acara ini adalah Anugerah Johan Kebangsaan bagi 5 terbaik yang akan diumumkan pada Hari Persidangan Mygosscon di Dewan PICC, Putrajaya Kuala Lumpur pada 29 November 2011. Semoga nasib menyebelahi Sk.Surati untuk muncul dinobatkan sebagai Johan Kebangsaan. 

Menginap di Hotel Empess, Sepang
Di hadapan auditorium
Bangunan KPM
Acara akan dimulakan sebentar lagi
Sijil dan cek 

Kejayaan ini milik kita semua

Puan Zubaidah, Guru pengiring Sk.Surati dan Cik Hayati, wakil JPN
Tayangan video dari para pemenang kepada YB Datuk

Antara booth pameran mengenai perisian sumber terbuka
Semoga berjaya lagi di peringkat Johan Kebangsaan
Berita sebelumnya di sini dan di sini.