Perutusan Guru Besar

Perutusan Guru Besar


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya maka dapatlah kami menyediakan "LAMAN BLOG" Sekolah Kebangsaan Surati Papar, Sabah. Ini merupakan salah satu persediaan kami bagi mempertingkatkan pencapaian kualiti Pengajaran dan Pembelajaran ketahap yang maksimum.Diharapkan dengan penghasilan laman Blog ini akan meningkatkan produktiviti, kualiti serta kuantiti dan kecemerlangan yang berterusan serta berkesan sebagai suatu usaha kearah merealisasikan Wawasan 2020.

Melalui kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada Pengarah Pelajaran Sabah, Pegawai Pelajaran Daerah serta Penyelia-penyelia Pelajaran Daerah Papar, yang banyak memberi nasihat serta ilmu pengetahuan yang tidak ternilai dalam usaha kami menyiapkan laman Blog ini. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga ditujukan kepada Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Akademik dan guru-guru praktikum serta Staf Sokongan ynag telah memberi kerjasama dan berkorban masa bagi menyiapkan laman Blog sekolah ini. Pemuafakatan sebegini amatlah bererti pada sekolah ini kerana kita berkongsi satu misi dan visi yang serupa dan sama.

Saya percaya dengan adanya laman Blog ini akan dapat menjadi pemangkin dan petunjuk kepada Pentadbir, Guru-guru dan Staf Sokongan di sekolah ini dalam mengatur serta merancang Pengajaran dan Pembelajaran bagi murid-murid di sekolah ini.

Akhir kata dari saya, kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak diatas sokongan sama ada dari segi material dan moral diucapakan setinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian.

"BERUSAHA BERILMU BERAMAL"
En Duraman Bin Bakar
GURU BESAR
SK Surati Papar