Rabu, Oktober 26, 2011

Pertandingan Sumber Perisian Terbuka OpenOffice.org Peringkat Kebangsaan 2011

21 Oktober 2011 telah melakar satu sejarah baru apabila Sk.Surati telah berjaya menjadi 5 sekolah terbaik untuk mengikuti Pertandingan Sumber Perisian Terbuka OpenOffice.org Peringkat Kebangsaan anjuran KPM dan MAMPU. Pertandingan ini dijalankan selama satu hari di Dewan Serbaguna Jabatan Perdana Menteri Putrajaya, Kuala Lumpur. Sebanyak 82 buah sekolah rendah dan 102 sekolah menengah telah mengikuti pertandingan ini dan hanya lima terbaik dari setiap kategori saja yang layak bersaing ke mengikuti peringkat akhir.

Ahad, Oktober 09, 2011

Perkhemahan Unit Beruniform 2011

Perkhemahan Unit Beruniform 2011 telah diadakan di Binsulok Nature Resort pada 7 Oktober hingga 9 Oktober. Perkhemahan ini bertujuan untuk membina semangat jati diri di kalangan murid dan membentuk semangat kerjasama pasukan. Pelbagai aktiviti telah disusun sesuai dengan objektif program. Acara ini telah dirasmikan oleh Encik Moktar Mayassin, YDP PIBG Sk.Surati,Papar.

Kursus KSSR DSV Tahun 2 Daerah Papar


Kursus KSSR Dunia Seni Visual & Pentaksiran Berasaskan Sekolah Tahun 2 Daerah Papar telah diadakan pada 4 Oktober hingga 7 Oktober 2011 di bilik APD SK.Surati. Seramai 51 orang guru dari seluruh daerah Papar telah terlibat dalam kursus ini. Dua orang jurulatih utama PSV telah dijemput untuk memberikan ceramah khas iaitu Puan Zubidah Ramley dan Encik Muhammad Azmi Bin Awang Ladis. Kursus yang dijalankan selama 4 hari ini telah berlangsung dengan jayanya dan dirasmikan oleh Puan Marina Anjuman, wakil PPD Papar.