Rabu, Julai 11, 2012

Senamtari 1M1S 2012

Acara Senamtari 1 Murid 1 Sukan SK Surati telah diadakan pada 10 Julai 2012.

Selasa, Julai 10, 2012

Program Senamtari 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia


Program Senamtari 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia telah diadakan serentak seluruh negara pada 10 Julai 2012.   Senamtari ini diadakan selama 35 minit bertujuan untuk memupuk semangat cintakan sukan dan kesihatan. Puan Jamnah Affzal dan Puan Noranah Pg. Zainuddin merupakan jurulatih bertindak dalam menjayakan senamtari ini. 

Tahniah kepada semua warga Sk.Surati

Sambutan hari Guru Peringkat Daerah Papar


Encik Abidin Marjan, PPD Papar

Tarikh 16 Jun 2012 telah dipilih untuk meraikan Majlis Hari Guru Peringkat Daerah Papar. Majlis ini diadakan seawal jam 8.00 pagi di Dewan Masyarakat Papar. 

YB Abdul Rahim Ismail telah menyempurnakan majlis ini. Tentatif majlis lebih ringkas dan padat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Anugerah tokoh guru juga telah disampaikan dalam majlis ini. 

MSS Surati 2012 : Misi Mencari Atlet Bertaraf dunia


Ahmad Syazwi Danial berjaya melakukan lompatan setinggi 1.17m

Setelah berkali-kali tarikh ditunda, akhirnya MSS Surati kali ke 8 telah berjaya dilaksanakan pada 28-29 Jun 2012. Misi mencari atlet bertaraf dunia ini telah berjalan dengan begitu meriah hasil kerjasama yang padu dari seluruh warga bertindak Sk.Surati. 

Acara ini berlangsung selama dua hari di padang Sk.Surati. Majlis penutupan diadakan dengan penuh meriah dengan perarakan perbarisan antara rumah sukan. Encik Shahrin Liman, wakil PPD telah menyempurnakan majlis ini. 

Syabas diucapkan kepada para atlet.

Kem Pendidikan Luar Peringkat Negeri Sabah



Sk. Surati telah terpilih untuk mengikuti Kem Pendidikan Luar Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Kem Malanggang, Kiulu, Tuaran. Kem ini diadakan selama 4 hari bermula pada 22 May 2012 hingga 25 May 2012. 

Objektif utama kem ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai pendidikan bukan akademik yang banyak melibatkan bidang ikhtiar hidup. Seramai 6 peserta dari Sk.Surati turut serta dalam kem ini. 

Sambutan Hari Guru Peringkat SK.Surati



16 Mei merupakan tarikh keramat untuk meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru seluruh dunia. Sk.Surati telah menjayakan hari ini pada tarikh 26 Mei 2012 (Jumaat). 

Pelbagai acara telah disusun bagi mengisi hari yang gemilang ini seperti sukaneka guru-guru, bacaan ikrar dan nyanyian hari guru, persembahan kebudayaan dan majlis bersalaman antara murid dan guru. 

Perkhemahan Ujian Lencana Pengakap Muda Daerah Papar



Perkhemahan Ujian Lencana Pengajap Muda dan Remaja telah jayanya diadakan selama 3 hari dua malam bermula 27 April 2012 hingga 29 April 2012. Perkhemahan ini menggabungkan pengakap sekolah rendah dan menengah di seluruh daerah Papar. Sk.Surati adalah antara 4 sekolah yang terpilih untuk menjayakannya. 

Seramai 11 orang pengakap muda dari sekolah ini telah mengikuti perkhemahan ini yang kemudiannya telah lulus dengan cemerlang.