Khamis, November 17, 2011

Majlis Khatam Quran Peringkat SK.Surati 2011


 Majlis Khatam Al-Quran Sk.Surati telah pun selamat dilangsungkan pada 15 Nov, 2011 yang lepas. Majlis ini adalah anjuran Panitia PAI dan J-Qaf. Seramai 47 orang murid tahun 6 terlibat dalam acara ini setelah berjaya menamatkan bacaan al-quran sepanjang pengajian di Sk.Surati.

Acara ini disambut dengan penuh sederhana namun berjalan dengan lancar. Majlis disempurnakan oleh Encik Amir, selaku PKR dan wakil YB Abdul Rahim bin Ismail, N22, Pantai Manis, Papar.

Barisan VIP

Puan Norain selaku pengacara majlis
Al-Fadhil, Ustaz Arief memimpin bacaan doa
Majlis dimulakan dengan zikir dan selawat
Adik Azizan dan Syazani mengetuai bacaan
Ucapan alu-aluan dari Encik Duraman Bakar, GB SK.Surati
Ucapan perasmian
Pemberian sijil untuk peserta khatam
Alunan qasidah aidk Azizan mendapat pujian. Adik Azizan adalah naib johan Mahraj Jawi peringkat Negeri Sabah
Cenderahati untuk perasmi
Persembahan Kalam Jamaie dibawah pimpinan Ustazan Rosnahni
Bunga telur diagihkan untuk semua murid