Khamis, November 17, 2011

Hari Perisian Sumber Terbuka & Penyampaian hadiah Johan Negeri Pertandingan OpenOffice.org Peringkat Kebangsan 2011

Nur Danisya Azreena, wakil peserta dari Sk,Surati
Hari Perisian Sumber Terbuka berlangsung di Auditorium Putrajaya, Kuala Lumpur. Pada majlis yang gemilang ini, anugerah Johan Negeri bagi Pertandingan Openoffice.org peringkat kebangsaan telah disampaikan kepada semua pemenang. Sk.Surati telah muncul sebagai Johan Negeri Sabah. 

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang & Majlis Konvokesyen Prasekolah 2011


Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang telah diadakan pada 17 November 2011 (Khamis). Bagai serampang dua mata, majlis ini dijalankan serentak dengan Majlis Konvokesyen Prasekolah sesi 2011. Majlis ini disempurnakan oleh Encik Shahrin Liman selaku wakil PPD Papar. 

Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri Sabah 2011.wmv



Penglibatan Sk.Surati dalam Perkhemahan Kelab Rukunegara Peringkat Negeri Sabah. Berita penuh, sila klik sini.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2011.wmv



Perkhemahan Unit Beruniform telah diadakan pada 7-9 Oktober 2011 di Binsulok Nature Resort. Berita penuh di sini

Naib Johan 6 Cemerlang Sk.Surati 2011.wmv



Naib Johan Pertandingan nasyid tahap 2 yang dimenangi oleh kelas 6 Cemerlang. Kumpulan nasyid dipimpin oleh Puan Felicia Francis, KP Bahasa Inggeris dan Guru kelas tahun 6 Cemerlang. Solo adalah adik Azizan Matkassim.

Johan 6 Intelek Sk.Surati 2011.wmv



Kumpulan nasyid ini dipimpin oleh Puan Zaleha Guriaman, selaku guru kelas. Solo nasyid adalah adik Hizal, Ahmad Syazani Danial, Mohammad Syuaib dan adik Edmar Zaki.

Majlis Khatam Quran Peringkat SK.Surati 2011

Sabtu, November 05, 2011

Pertandingan Nasyid peringkat Sk.Surati anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam & J-Qaf

Tahniah kepada Panitia Pendidikan Agama Islam dan J-Qaf atas penganjuran Pertandingan Nasyid peringkat sekolah sempena Hari Raya Aidil Adha pada 4 September 2011 (Jumaat). Pertandingan ini menyaksikan 12 kelas berentap mengikut tahap masing-masing. Keputusan pertandingan telah diumumkan oleh Ustazah Masnih Sulaiman selaku ketua panita PAI.

Adalah diharapkan agar pertandingan seperti ini terus dikekalkan bagi menyebarkan dakwah islamiah di kalangan murid. Tahniah kepada para pemenang dan jurulatih nasyid yang begitu giat melatih pasukan masing-masing.