Isnin, Februari 06, 2012

Pelancaran Anti Kutu Sampah Daerah Papar (KAKS)


Pelancaran Anti Kutu Sampah (KAKS) Daerah Papar telah berlangsung pada 4 Feb 2012, Sabtu yang dianjurkan oleh MDP. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB DATUK HAJI GHULAM KHAN BAHADAR KHAN selaku Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Sabah merangkap ADUN N21 Kawang. Majlis bermula seawal jam 7.30 pagi bertempat di Dewan Masyarakat Papar. 

Senamrobik 1M 1S Sk.Surati,Papar


1M 1S bermula lagi. Ia adalah hari yang paling ditunggu oleh murid-murid sekolah. Nampaknya, hasrat utama kerajaan sewaktu melancarkan program ini telah dapat dicapai dan ia dapat dilihat melalui sambutan positif dari kalangan murid. Jadual 1M 1S untuk tahun ini adalah kekal seperti tahun lepas iaitu setiap Selasa jam 7.10-8.10 pagi.

Mesyuarat Sekolah sesi 2012 kali Pertama

Encik Duraman Bakar membuat ucapan aluan

Mesyuarat Sekolah sesi 2012 telah diadakan untuk kali pertamanya pada 02 Jan 2012 bertempat di Bilik Gerakan Sk.Surati, Papar. Mesyuarat ini dipengerusikan sendiri oleh Encik Duraman Bakar selaku Guru Besar Sk.Surati dan dihadiri oleh semua guru dan KTBM sekolah. 

Selamat Datang Puan NorIlaini

Puan NorIlaini, PK Kokum
Tidak terlambat rasanya mengucapkan selamat datang kepada Puan NorIlaini Julius yang telah ditugaskan untuk menjadi PK.Kokum bergred hakiki ke Sk.Surati. Kedatangan Puan NorIlaini adalah untuk menggantikan Encik Salleh Tami yang telah berpencen pada April tahun lepas. 

Semoga dengan kehadiran tenaga baru ke Sk.Surati semakin menyemarakkan lagi peningkatan kokurikulum sekolah ini dengan jayanya.



Selamat Datang 2012

New year 2012

Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua warga Sk.Surati, Papar dan semua pembaca. Semoga pencapaian tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini juga Sk.Surati berazam untuk meningkatkan mutu akademik dan kokurikulum hingga ke tahap maksimum.

Semoga berjaya semua.