Ahad, September 25, 2011

Sambutan Hari Raya anjuran kelas

Selamat Hari Raya aidilfitri diucapkan kepada seluruh warga Sk.Surati. 

Program Bah Mari Kita Kasi Mati Aedes


Pada 24 September,2011 berlangsunglah acara 'Bah,Mari Kita Bunuh Aedes' yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Papar, Pejabat Kesihatan Papar dan Pejabat Pelajaran Daerah,Papar dengan kerjasama Sk.Surati,Papar. Acara ini dilangsungkan di Sk.Surati. Tentatif program adalah menjurus kepada kepentingan menjaga kebersihan demi membanteras nyamuk aedes. Objektif program adalah untuk menyedarkan masyarakat mengenai bahaya aedes yang boleh mengancam kehidupan. 

Sabtu, September 10, 2011

Sambutan Majlis Nuzul Quran peringkat sekolah


Panitia Agama Islam Sk.Surati,Papar telah menganjurkan Sambutan Majlis Nuzul Quran peringkat sekolah pada 25 Ogos 2011. Majlis ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid mengenai makna Nuzul Quran sekaligus menanam keintiman rohaniah murid mengenai sejarah Al-Quran. 

Majlis ini diserikan dengan ceramah agama dari seorang penceramah jemputan dari SPAI (Sektor Pengurusan Agama Islam), Kota Kinabalu. 

Perkhemahan Motivasi UPSR

Pada 15 Julai 2011 berlangsung perkhemahan Motivasi UPSR selama 2 hari 1 malam di Sk.Surati Papar. Perkhemahan ini bertujuan untuk menyuntik semangat dan motivasi di kalangan murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September nanti. Pelbagai aktiviti telah disusun dan dijayakan dengan cemerlang sepanjang sesi perkhemahan ini. Adalah diharapkan agar objektif perkhemahan ini dapat dicapai melalui kerjasama dan kesepaduan yang telah dilaksanakan dengan jayanya oleh AJK yang terlibat.

Pelancaran Bulan Membaca Pusat Sumber Sekolah


Pusat Sumber Sekolah Sk.Surati Papar telah melancarkan program Bulan Membaca yang akan berlangsung selama satu bulan. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat membaca di kalangan murid sekaligus meningkatkan aktiviti program NILAM.

Acara ini berlangsung di padang perhimpunan Sk.Surati,Papar oleh Encik Duraman Bakar, Guru Besar Sk.Surati, Papar.

Majlis penutupan minggu Panita Agama

Pada 18 Julai 2011 berlangsung pula majlis pentupan minggu panita Agama Islam yang berlangsung di tapak perhimpunan Sk.Surati, Papar. Majlis ini diadakan dengan begitu ringkas dengan memberikan hadiah kepada para pemenang yang telah berjaya sepanjang aktiviti dijalankan. Penyampaian hadiah ini disempurnakan oleh Encik Duraman Bakar, Guru Besar Sk.Surati, Papar.