Sabtu, Julai 23, 2011

Mesyuarat Kokurikulum

En. Sebastian Cosmas


Pada 21 Julai 2011, berlangsung Mesyuarat Kokurikulum yang pertama di bawah PK Kokum baru iaitu Encik Sabastian Cosmas selepas Encik Salleh Tami bersara wajib pada bulan May lepas.

Beberapa wajah baru telah dilantik bagi menjayakan lagi kegemilangan kokurikulum SK.Surati. Jenis sukan dan permainan yang baru juga diperkenalkan di samping beberapa kelab baru untuk menyuntik semangat baru dalam diri murid.

Semoga kecemerlangan kokurikulum di SK.Surati dapat diketengahkan lagi di bawah naungan PK Kokum baru ini.

Pelaksanaan program 1M 1S peringkat sekolah


Pelaksanaan program 1M 1S peringkat sekolah peringkat sekolah diadakan pada setiap hari Selasa jam 7.10 pagi hingga 8.10 pagi. 6 buah acara sukan telah dimasukkan demi menjayakan program ini yang dikendalikan oleh penyelaras dan guru penasihat setiap bidang sukan. 

Semoga program ini dapat dijayakan dengan lebih cemerlang demi mencapai matlamat SUKAN UNTUK SEMUA dan SUKAN UNTUK KECEMRLANGAN.

Mesyuarat Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) kali pertama 2011


Pada 22 Julai 2011 berlangsung Mesyuarat Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) kali pertama 2011 yang dipengerusikan oleh Encik Duraman Bakar, Guru Besar SK.Surati. Mesyuarat ini menggariskan pelantikan AJK baru dan seterusnya merangka beberapa aktiviti penghijauan dan keceriaan sekolah yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini. 

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah :
1. Projek Sihat 1 Malaysia
2. Membina menara jam
3. Membuat taman mini landskap
4. Membuat pondok ilmu
5. Taman herba
6. Penanda arah dan penunjuk jalan

Jumaat, Julai 22, 2011

Bengkel Mewarna Poster Anjuran PPDa SK.Surati,Papar

22 Julai 2011, PPDa Sk.Surati, Papar telah menganjurkan Bengkel Mewarna Poster sebagai persediaan untuk peserta poster menyertai Karnival PPDa Daerah yang akan berlangsung pada 26 Julai 2011 nanti. Seorang penceramah yang cukup berpengalaman telah dijemput untuk menjayakan bengkel ini. Beliau adalah Puan Zarinah Ramley dari SMK.ST.Joseph, Papar. Bengkel ini diadakan di bilik seni Sk.Surati,Papar dan turut disertai oleh PPDa Sk.Kuala.

Practice makes perfect, hasilan adik Qhairunnisa

PERTANDINGAN OPENOFFICE.ORG 2011 PERINGKAT KEBANGSAAN


Sk.Surati,Papar telah menyahut cabaran untuk menyertai pertandingan Openoffice.org. 2011. Pertandingan ini telah berakhir pada 15 Julai 2011. Seramai 3 orang peserta telah dipilih untuk menyertainya bersama seorang guru pengiring.

Semoga Sk.Surati mampu mendapat tempat di pertandingan ini.


Cover depan OSS SK.Surati

Perkhemahan Rukun Negara Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah


Pada 15 Julai - 18 Julai 2011, telah berlangsung Perkhemahan Rukun Negara Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah. Perkhemahan ini bertempat di Sk. Keningau, Keningau. Seramai 216 orang peserta dari seluruh Sabah telah terpilih untuk menjayakan perkhemahan ini. Daerah Papar telah menghantar 10 orang peserta yang masing-masing dari Sk.Surati, Sk.Pekan dan Sk.St.Joseph.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini demi merealisasikan objektif yang telah disusun. Semoga program seperti ini dapat diteruskan agar generasi muda dapat memperkukuhkan semangat cintakan negara.

Sabtu, Julai 09, 2011

Pelaksanaa Program 1M 1S peringkat sekolah

Pelaksanaan Program 1M 1S peringkat sekolah diadakan pada setiap hari Selasa selama satu jam bermula dari 7.10-8.10 pagi.


Bola baling

Program Smart Zone Pekan Papar 2011

Pada 9 Julai 2011 (Sabtu), telah berlangsung Program Smart Zone 2011. Program ini merupakan satu aktiviti kurikulum berpusat untuk pelajar cemerlang. Sebanyak lima buah sekolah yang terlibat dalam program ini. Setiap sekolah mewakilkan lima orang peserta. Program dijalankan di Sk.Pekan, Papar.

Guru Besar Sk. Surati dan Puan Zaleha, Puan Jamnah dan Puan Felicia
Puan Baby, Puan Aminah, Puan Ain dan Puan Rahimah

Sambutan Isra' Mi'raj Peringkat Sekolah 2011

Sambutan Isra' Mikraj peringkat sekolah telah diadakan pada 8 Julai 2011 (Jumaat) bermula seawal jam 7.30 pagi. Tentatif program adalah ceramah agama mengenai sejarah Isra' Mikraj. Penceramah jemputan dari SMU Islamiah Pantai Manis telah dijemput untuk memberikan ceramah sempena majlis ini.

Encik Duraman Bakar, Guru Besar, Sk. Surati, Papar

1 Murid 1 Sukan Daerah Papar

Pada 2 Julai 2011, berlangsunglah pelancaran program 1 Murid 1 Sukan yang dijalankan serentak seluruh negara. Sebanyak 9 buah sekolah menengah dan rendah telah dipilih untuk memeriahkan acara ini di padang Pekan Papar sementara sekolah yang lain menjalankannya di sekolah masing-masing. Acara bermula seawal jam 7.00 pagi dengan tarian senamrobik. Acara ini dirasmikan oleh YB Datuk Rosnah Bin Haji Rasyid Shirlin, Ahli Parlimen P.175 Papar.

Senamrobik dari guru SK.Surati

Jumaat, Julai 01, 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Papar 2011

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia merasmikan majlis
Pada 25 Jun, 2011, telah berlangsung perayaan sambutan Hari Guru Peringkat daerah Papar yang diadakan di Dewan Masyarakat, Papar. Acara ini bermula seawal jam 7.30 hingga tengahari. Seramai 1800 orang guru di seluruh daerah Papar dijangka hadir pada hari tersebut.

Acara hari guru tahun ini menyajikan sesuatu yang lebih istimewa berbanding sambutan sebelumnya. Sesuatu yang paling istimewa ialah acara ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Abdul Ghafar Bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Antara dif kehormat yang turut hadir memeriahkan majlis ini adalah Datuk Dr. Hj. Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Abdul Rahim Ismail, wakil rakyat Pantai Manis dan Datuk Karim Bin Haji Bujang, wakil rakyat Bongawan.

Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Kali ke-6 2011

Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Kali ke-6 2011 telah diadakan pada 25 dan 26 Mei 2011. Kejohanan ini meyaksikan empat pasukan yang mewakili rumah hijau, merah, kuning dan biru sekali lagi berentap dalam merebut gelaran juara. Keputusan akhirnya berpihak kepada pasukan rumah hijau yang berjaya merangkul 8 emas, 4 perak dan 4 gangsa, Pasukan rumah merah menjadi naib juara, diikuti dengan pasukan rumah kuning. Manakala pasukan rumah biru pula hanya mampu mendapat tempat keempat.