Sabtu, Januari 12, 2013

UPSR dan cabaran 2013


Keputusan UPSR 2012 mencatat 64.18 %.  Sungguhpun kami gagal melahirkan pelajar bergelar 5A, namun peratus ini menunjukkan peningkatan yang agak drastik berbanding tahun sebelumnya. 

Tahun ini seramai 67 orang calon dari kelas Perdana akan berjuang dalam cabaran UPSR ini. Berdasarkan keputusan peperiksaan semester lalu, peratus calon mencatat 85.7% secara keseluruhan. Adalah diharapkan agar pencapaian ini dapat dipertingkatkan lagi hingga mencapai target 100%.

Pelbagai aktiviti dalam Program Kecemerlangan UPSR telah dirancang dan akan dilaksanakan tahun ini dibawah kendalian Puan Zubaidah Ramley selaku penyelaras program. Kerjasama dari semua pihak adalah sangat diharapkan demi menjanjikan kelangsungan program ini. 

Bersama-samalah kita menjayakan sasaran zero gagal!

Semoga Allah memberkati segala usaha ini. 
Amin.