Sabtu, Januari 12, 2013

Perubahan Masa Kokurikulum

Puan Rahimah Bungsu selaku Setiausaha Kokum memberikan arahan

Tahun ini, pihak pentadbiran telah bersetuju untuk mengubah masa Kokum yang dijalankan pada hari Rabu kepada hari Sabtu minggu kedua dan keempat. Rasional utama perubahan masa ini adalah agar warga Sk.Surati dapat pulang seawal jam 12.50 tengahari berbanding 1.30 pada tahun sebelumnya. Pihak pentadbiran membuat keputusan ini berdasarkan respon atau maklumbalas dari ibubapa yang kebanyakannya mempunyai anak yang bersekolah agama pada sebelah petang. 


Masa kokum bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Ia bermula dengan Sukan dan Permainan, diikuti dengan Unit Beruniform dan seterusnya Kelab dan Persatuan. 

Hari pertama pelancaran Kokum dalam versi baharu ini adalah bermula pada 12 Jan 2013.  

Fail yang telah lengkap disediakan oleh Puan Elaini Julis, PK Kokum
Ahli kelab SERASI sedang menanti arahan selanjutnya
Murid tahap 1 menanti 
Puan Erma dan Puan Irene Pan, penasihat Kelab Bola Baling
Puan Jamnah selaku Penyelaras Kelab Kebudayaan