Program Transisi bagi murid Tahun 1 2013 telah
berjalan dengan lancar selama 8 hari. Seramai 56 orang murid Tahun 1 menyertai
program ini bersama guru-guru Tahun 1. Beberapa aktiviti telah dijalankan
antaranya ialah Lawatan Kenal Sekolah, permainan dan lain-lain. Tahniah kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini.
APA ITU PROGRAM TRANSISI?
PENGENALAN
Program Transisi bertujuan untuk membantu
pelajar baru menghadapi perubahan dalam keadaan transisi dan pendidikan tidak
formal di rumah atau di PraSekolah ke arah pendidikan yang lebih formal di
tahun 1 sekolah rendah. Program ini memastikan semua pelajar tahun 1 yang
datang dari pelbagai latarbelakang dan pengalaman yg berbeza memulakan proses
pembelajaran mereka di tahun 1 yang sama. Ia dirancang supaya proses
pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan dalam masa yang sama pelajar
dapat mengikuti pembelajaran dalam suasana yang gembira. Program ini dijalankan
selama 2 minggu dan pelbagai aktiviti secara individu atau kumpulan dijalankan.
Pelajar berpeluang merasai pengalaman baru berada dalam kawasan persekitaran
sekolah yang ceria dan kondusif tersedia untuk mereka. Mereka diajar menyanyi
pelbagai lagu yang berkaitan dengan sekolah , negeri dan negara. Mereka juga
diberi peluang mengambil bahagian dalam acara sukanika yang dirancang untuk
mereka.
RASIONAL
Pelajar yang melangkah masuk ke tahun 1
biasanya mempunyai pelbagai pengalaman dan latarbelakang yang berbeza. Keadaan
ini boleh mendatangkan kesan yang berterusan dalam aspek pengurusan
pembelajaran. Antaranya :
Tahap kematangan yang berbeza antara murid
Kesediaan untuk belajar
Pengetahuan dan kemahiran
Tahap kematangan mereka tidak sama ia berpunca
dari persekitaran mereka membesar iaitu persekitaran di rumah dan dalam
masyarakat. Mereka akan bergaul dengan kumpulan yang lebih besar berbanding
kumpulan yang pernah mereka lalaui semasa di PraSekolah. Pelbagai cabaran dan
dugaan akan mereka hadapi khasnya pada minggu minggu pertama persekolahan.
Terdapat pelajar yang tidak mengikuti program PraSekolah atau Tadika oleh itu
mereka masih belum bersedia sepenuhnya. Pelajar yang mengikuti program
PraSekolah dan Tadika sudah sedia untuk menerima pembelajaran secara formal.
Mereka lebih mudah berkembang berbanding pelajar yang tidak mengikuti proses
pembelajaran awal yang terancang.
TUJUAN PROGRAM
Program ini dirancang berdasarkan konsep Guru
Penyayang - Minda cerdas ... mata bercahaya. Antara tujuannya ialah :
Pelajar dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran , guru - guru dan rakan - rakan baru dalam masa yang singkat
Guru dapat menyelaraskan keperluan pelajar
dari segi kognitif , emosi dan jasmani secara menyeluruh sebelum memulakan
proses pembelajaran secara formal di tahun 1
Meningkatkan semangat dan minat pelajar untuk
terus belajar dalam suasana yang baru
Memperolehi kemahiran asas mengikuti sukatan
pelajaran tahun 1
Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam kelas
tahun 1
Menyatu padukan pendekatan PraSekolah dengan
Program kssr di tahun 1
Minda cerdas bermaksud kemampuan pelajar tahun
1 membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melalui pelbagai
aktiviti berkumpulan dan saling membantu diantara satu dengan yang lain serta
penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti - aktiviti yang terancang
menunjukkan minda cerdas. Mata bercahaya pula bermaksud pelajar tahun 1 dapat
merasakan keseronokan untuk terus belajar bersama - sama dengan kawan - kawan ,
suasana , persekitaran dan guru yang baru.
OBJEKTIF
Diantara objektif program ini dijalankan
adalah untuk mencapai aspirasi berikut iaitu :
- Pelajar dapat meningkatkan kemahiran tematik , bersepadu dan belajar melalui kaedah didik hibur
- Memudahkan guru merealisasikan proses pengajaran dan pembelajaran secara fornal
- Meningkatkan kefahaman tentang konsep awal kanak - kanak
- Memantapkan kefahaman tentang kesinambungan pengajaran dan pembelajaran serta tingkahlaku pelajar
PERLAKSANAAN PROGRAM
TUGAS GURU BESAR DAN PENOLONG KANAN
- Memilih guru - guru tahun 1 yang sesuai dan berminat
- Menubuhkan Ajk Perlaksanaan
- Memberi sokongan dan bantuan untuk program keceriaan sekolah dan bilik darjah
- Memberi taklimat kepada semua guru dan ibubapa semasa Program Orientasi Pelajar Tahun 1 yang baru didaftarkan dan ditempatkan
PERSEDIAAN AWAL
Pada peringkat ini sebelum sesi persekolahan
bermula , pihak sekolah harus melaksanakan penyediaan fizikal bilik darjah
termasuk susun atur kerusi meja untuk memuidahkan aktiviti dijalankan. Ajk
Perlaksana yang dipengerusikan oleh Guru Besar harus menyediakan perancangan
aktiviti yang hendak dilaksanakan semasa minggu transisi. Menyediakan tentatif
program semasa Hari Orientasi Pelajar Baru serta Taklimat pentadfbir dengan
ibubapa pelajar.
MINGGU TRANSISI
Minggu Transisi yang berjalan selama 2 minggu
harus mempunyai perisian program yang mantap dan bersesuaian supaya tujuan dan
objektif yang ditetapkan tercapai. Aktiviti yang dirancang termasuklah aktiviti
individu serta kumpulan. Bahan aktiviti harus bersesuaian dengan Program kssr
yang akan mereka ikuti selepas minggu transisi. Antara kemahiran yang harus
diterapkan adalah seperti kemahiran pranombor , prapenulisan dan prabacaan.
Aktiviti yang sesuai dijalankan adalah seperti :
Suaikenal - rakan baru dan guru baru
Hidup bersama - persekitaran kelas
Pembentukan tingkahlaku - ucap selamat , doa ,
lagu sekolah , disiplin
Motivasi diri - kaunselor sekolah
Penglibatan dalam aktiviti kretif - subjek
Dunia Seni Visual
Main sembil belajar - lagu dan mengayakan pergerakan
PENUTUP
Perlaksanaan aktiviti berbeza sepanjang dua
minggu pertama persekolahan sebagai persediaan pelajar untuk proses
pembelajaran dalam suasana yang menyeronokan. Pada masa yang sama guru boleh
mengenalpasti kemahiran asas psikomotor , kognatif , ektika dan daya kreatif
pelajar serta ketatanegaraan. Ujian Dignostik boleh dijalankan pada minggu ke 2
untuk mengesan pelajar yang masih menghadapi masalah 3M. Ujian Dignostik Bahasa
Melayu , Matematik dan Bahasa Inggeris boleh diadakan sebagai persediaan pelajar
yang lemah ke Program Linus Literasi , Numerasi dan Bahasa Inggeris.