Bantuan RM100 untuk pelajar sekolah
yang diberikan pada Bajet 2012 tidak terhenti malah diteruskan pada tahun 2013. Sememangnya bantuan sekolah ini amat ditunggu-tunggu oleh ibu-bapa yang bagi mereka, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban untuk menyediakan barang-barang persekolahan anak-anak, terutama keluarga yang kurang mampu.
Dianggarkan bahawa sebanyak 5 juta pelajar
seluruh Malaysia dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 bakal menerima Bantuan
Persekolahan RM 100 untuk tahun 2013 ini. Dianggarkan peruntukkan sebanyak RM 540 juta disediakan oleh Kerajaan bagi Bantuan Sekolah untuk tahun 2013 ini. Bagi Sk. Surati pula, bajet yang diterima adalah sekitar RM31, 500 cukup untuk menampung jumlah pelajar seramai 315 orang.
Adalah diharapkan agar Bantuan Sekolah ini diteruskan lagi untuk tahun-tahun yang akan datang
kerana dengan segala kenaikan kos sara hidup yang meningkat sekarang ini,
bantuan-bantuan ini sememangnya amat ditagih oleh rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan.
Adalah juga diharap agar pihak ibu-bapa/penjaga, tidak menyalahgunakan Bantuan Sekolah yang diberikan. Gunakanlah
bantuan tersebut ditempat sepatutnya dan menyediakan yang terbaik untuk
persekolahan anak-anak untuk tahun 2013 ini.
Terima kasih PM, Terima kasih, Malaysia.