Sabtu, Januari 26, 2013

Kursus Kepimpinan 2013

22 Januari 2013 (Selasa)



Kursus Kepimpinan telah diadakan pada 22 Januari 2013 (Selasa) bertempat di bilik gerakan Sk. Surati. Kursus ini dihadiri oleh para pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber serta Ketua dan Penolong Kelas. Ceramah disampaikan oleh Guru Disiplin, Guru BNK serta Puan Juraidah selaku penceramah jemputan. 

Aktiviti kelab SERASI : Taman Pesonaku

19 Januari 2013 (Sabtu)


Kelab SERASI dibawah bimbingan Puan Zubaidah Ramley selaku Ketua Penyelaras telah mengadakan gotong-royong membina Taman Pesona di kawasan kantin Sk. Surati. 

Seramai 17 ahli kelab hadir untuk merealisasikan impian ini. Tahniah kepada ahli kelab dan semoga usaha ini akan berterusan dengan jayanya. 

Bantuan Persekolahan RM100 : Terima kasih, Malaysia

19 Januari 2013 (Sabtu)


Bantuan RM100 untuk pelajar sekolah yang diberikan pada Bajet 2012 tidak terhenti malah diteruskan  pada tahun 2013. Sememangnya bantuan sekolah ini amat ditunggu-tunggu oleh ibu-bapa yang bagi mereka, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban untuk menyediakan barang-barang persekolahan anak-anak, terutama keluarga yang kurang mampu.

Transisi tahun 1 2013 (Gambar)

 Sekitar minggu Transisi Tahun 1 2013

Taklimat ibu bapa

Transisi Tahun 1


Program Transisi bagi murid Tahun 1 2013 telah berjalan dengan lancar selama 8 hari. Seramai 56 orang murid Tahun 1 menyertai program ini bersama guru-guru Tahun 1. Beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya ialah Lawatan Kenal Sekolah, permainan dan lain-lain. Tahniah kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. 

Sabtu, Januari 12, 2013

Perubahan Masa Kokurikulum

Puan Rahimah Bungsu selaku Setiausaha Kokum memberikan arahan

Tahun ini, pihak pentadbiran telah bersetuju untuk mengubah masa Kokum yang dijalankan pada hari Rabu kepada hari Sabtu minggu kedua dan keempat. Rasional utama perubahan masa ini adalah agar warga Sk.Surati dapat pulang seawal jam 12.50 tengahari berbanding 1.30 pada tahun sebelumnya. Pihak pentadbiran membuat keputusan ini berdasarkan respon atau maklumbalas dari ibubapa yang kebanyakannya mempunyai anak yang bersekolah agama pada sebelah petang. 

Astro Fiesta di Daerah Papar


05 Jan 2013 (Sabtu)

Astro Fiesta dengan kerjasama Parlimen Daerah Papar telah melancarkan program bersama warga Papar selama 3 hari bermula pada 04 Jan hingga 06 Jan 2013. Salah satu acara yang telah diatur ialah program 10 000 langkah sehari, pertandingan mewarna dan sukaneka. Pemeriksaan kesihatan juga diadakan secara percuma. Acara ini telah dirasmikan oleh YB Rosnah Shirlin selaku Timbalan Menteri Kesihatan. 

UPSR dan cabaran 2013


Keputusan UPSR 2012 mencatat 64.18 %.  Sungguhpun kami gagal melahirkan pelajar bergelar 5A, namun peratus ini menunjukkan peningkatan yang agak drastik berbanding tahun sebelumnya. 

Tahun ini seramai 67 orang calon dari kelas Perdana akan berjuang dalam cabaran UPSR ini. Berdasarkan keputusan peperiksaan semester lalu, peratus calon mencatat 85.7% secara keseluruhan. Adalah diharapkan agar pencapaian ini dapat dipertingkatkan lagi hingga mencapai target 100%.

Selamat Datang 2013



Selamat tinggal 2012 dan Selamat Datang 2013...


Sedar tak sedar, kita sudah pun melangkah masuk ke tahun 2013. 2012 ditinggalkan dengan seribu kenangan manis dan tentunya membawa banyak pengajaran untuk memperbaiki kehidupan hari ini. 

Pihak editor memohon maaf atas kegagalan mengemaskini blog SK. Surati sekitar tujuh bulan yang lalu. Adalah diharapkan agar tahun ini, kami dapat memperbaiki kelemahan ini sekaligus memberikan informasi berguna kepada semua pembaca. Penambahbaikan blog ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dan semoga anda akan terus bersama kami dalam perjalanan di tahun 2013 ini.