Jumaat, April 29, 2011

KONVENSYEN DOKTER MUDA PERINGKAT NEGERI SABAH

KONVENSYEN DOKTER MUDA PERINGKAT NEGERI SABAH telah diadakan di 
KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU (KSKB), Bukit Padang. Konvensyen ini 
berlangsung selama 3 hari dua malam. Namun, kesemua peserta dan kontinjen menginap di 
Kompleks Sukan Likas, KK.  
Seramai 250 orang peserta dari KELAB DOKTER MUDA di seluruh Negeri Sabah dipilih 
untuk menjayakan program tersebut. Objektif utama program ini adalah untuk memberikan 
pendedahan awal kepada para pelajar mengenai kerjaya yang mempunyai potensi luas pada 
masa akan datang. Info lebih jelas mengenai Kelab ini boleh dilayari di  
http://www.drmuda.gov.my/DM/




Oleh kerana Daerah Papar belum mempunyai kelab tersebut, maka pihak KKM dan KPM 
telah menjemput daerah ini untuk menjadi pemerhati sekaligus mempelajari selok-belok 
mengenai program ini. Seramai tiga buah sekolah di daerah Papar telah mewakili program ini 
iaitu Sk.Surati, Sk.Pekan dan Sk.Kogopon. Setiap sekolah menghantar dua orang wakil murid. 


Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah disusun demi menjayakan program ini antaranya 
Anugerah Tokoh Dokter Muda, pertandingan buku skrap kesihatan, kuiz, bercerita dan 
nyanyian serta booth pameran. Johan keseluruhan bagi Negeri Sabah disandang buat tahun 
kedua oleh Daerah Beaufort. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan 
Negeri Sabah yang berlangsung dengan meriah. 
Senarai peserta yang hadir
Nur Danisya mewakili Sk.Surati
Antara bahan yang dipamerkan
Kontinjen dari daerah Papar
Majlis Perasmian
Johan bertahan : Daerah Beaufort