Ahad, April 03, 2011

PROGRAM PEMUAFAKATAN IBUBAPA SK.SURATI PAPAR

Program PEMUAFAKATAN IBUBAPA SK.SURATI PAPAR adalah bertujuan untuk memberi pendedahan serta perkongsian mengenai halatuju, cabaran dan persekitaran sekolah serta isu-isu pembelajaran anak-anak murid. Disamping itu, ianya merupakan satu usaha untuk membina kekuatan emosi, mental dan jati diri di kalangan ibubapa dalam menghadapi cabaran semasa. Dengan itu, adalah menjadi satu harapan agar prestasi UPSR 2011 akan turut dapat dilonjakkan.


Program ini berlangsung pada 26 March 2010 bertempat di dewan terbuka Sk.Surati,Papar. Ia merupakan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama PIBG SK.Surati. Pengisian program lebih menjurus kepada ceramah motivasi untuk ibubapa dan murid serta taklimat mata pelajaran dari ketua panitia matapelajaran teras. 

Seorang penceramah luar telah dijemput untuk menyempurnakan slot ceramah motivasi iaitu Penolong Pengarah Kanan, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sektor Pengurusan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Kota Kinabalu iaitu ENCIK AWANG BIN HAJI MATSAID.
Ucapan alu-aluan daripada Encik Duraman Bakar, Guru Besar Sk.Surati
VIP yang hadir.

Sesi soaljawab dengan ibubapa