Sabtu, Mei 07, 2011

Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah 2011

Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah 2011 
telah diadakan di Kem Pusatko Malangang,Kiulu,Tamparuli. Kem ini berlangsung selama 
4 hari 3 malam bermula pada 3 Mei 2011 sehingga 6 Mei 2011. Seramai 147 murid dari 
seluruh negeri menyertai perkhemahan ini. Setiap sekolah pula menghantar empat orang 
murid.



Objektif utama perkhemahan ini adalah untuk menerapkan semangat cintakan alam 
semulajadi di kalangan peserta. Pelbagai slot aktiviti pendidikan luar telah dijalankan 
sempena perkhemahan ini. Ia bertujuan untuk membentuk jati diri,semangat kerjasama 
pasukan dan sekaligus penerapan nilai murni di kalangan peserta. Majlis dirasmikan 
oleh Ketua Unit Pusatko.



Galeri...
Tapak perkhemahan peserta

Kerubung Terbang
Memerhati burung
Sayangi sungai
Denai si Buta
Lawatan ke City Mall
Lawatan ke Taman Hidupan Liar, Zoo Lokkawi
Malam Kebudayaan
Majlis Perasmian
Bergambar kenangan
Peserta Sk.Surati & Guru Pengiring