Selasa, Mei 01, 2012

NAIB JOHAN PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA PERINGKAT NEGERI SABAH 2012


Sk.Surati telah muncul sebagai Naib Johan Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri Sabah yang telah diadakan pada 27 April 2012 (Jumaat) di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. Peertandingan ini diadakan sempena Minggu Amanah Saham Malaysia (MASM) yang telah diadakan di Sabah sebagai tuan rumah bagi tahun ini. Pertandingan ini telah dianjurkan sepenuhnya oleh Takaful Ikhlas Malaysia. 


Seramai 10 buah sekolah terlibat dalam acara ini yang pertama kali diadakan ini. Sk.Mutiara berjaya meraih gelaran johan sementara Sk.St. Mary Limbahau, Papar telah mendapat tempat ketiga. Tahniah kepada pasukan kerja Sk.Surati, murid-murid dan jurulatih bertindak bagi menjayakan acara ini. 



Bergambar sebelum pertandingan
Adik Intan menjadi konduktor
Adik Intan Shahera merupakan konduktor dan ketua pasukan ini
Bergambar kenangan bersama piala kemenangan
Jurulatih; dari kiri, Puan Zubaidah, Puan Zaleha dan Puan Nor Ilaini