Jumaat, April 20, 2012

Pertandingan Futsal Terbuka Kanak-Kanak 12TKB Anjuran Puteri UMNO dengan kerjasama PPD Papar


Sk. Surati telah mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan ini kategori perempuan, menewaskan 12 pasukan dari seluruh daerah Papar. Pasukan yang dikenali sebagai Puteri Rajawali ini telah diketuai oleh adik Nur Danisya Azreena manakala Puan Zubaidah Ramley merupakan pengurus sekaligus jurulatih pasukan. Dua pasukan lelaki walaubagaimanapun, gagal meraih sebarang tempat apabila hanya mampu mara ke separuh akhir.

Tahniah kepada Puteri UMNO Papar di atas penganjuran ini. Semoga aktiviti-aktiviti sihat seperti ini dapat terus dilakukan agar manfaatnya dapat dirasai bersama.

Menerima hadiah berupa trofi, sijil dan wang. 
Puteri Rajawali bersama jurulatih pasukan
Kemenangan yang amat berharga. 
Pasukan lelaki 'Angsa Ganas' kalah dalam sepakan penalti ke separuh akhir. 
Pasukan 'Beruang Comel' juga mengalami nasib yang serupa.