Isnin, Februari 06, 2012

Senamrobik 1M 1S Sk.Surati,Papar


1M 1S bermula lagi. Ia adalah hari yang paling ditunggu oleh murid-murid sekolah. Nampaknya, hasrat utama kerajaan sewaktu melancarkan program ini telah dapat dicapai dan ia dapat dilihat melalui sambutan positif dari kalangan murid. Jadual 1M 1S untuk tahun ini adalah kekal seperti tahun lepas iaitu setiap Selasa jam 7.10-8.10 pagi.

Sebagai pembukaan untuk tahun ini, acara senamrobik sihat 1 Malaysia telah diadakan. Ia adalah sebagai satu gimik sambutan yang melambangkan bahawa Sk.Surati sangat menyokong program seumpama ini. Senamrobik ini diketuai oleh Puan NorIlaini Julius selaku Pk Kokum dan Puan Rahimah Bungsu selaku Setiausaha Sukan. Acara dilangsungkan dengan jayanya.