Isnin, Februari 06, 2012

Pelancaran Anti Kutu Sampah Daerah Papar (KAKS)


Pelancaran Anti Kutu Sampah (KAKS) Daerah Papar telah berlangsung pada 4 Feb 2012, Sabtu yang dianjurkan oleh MDP. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB DATUK HAJI GHULAM KHAN BAHADAR KHAN selaku Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Sabah merangkap ADUN N21 Kawang. Majlis bermula seawal jam 7.30 pagi bertempat di Dewan Masyarakat Papar. 


Majlis ini juga turut merakam sejarah apabila ianya dihadiri oleh empat menteri iaitu YB Datuk Karim Bin Haji Bujang, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Sabah merangkap ADUN N23 Bongawan, YB Datuk Haji Abdul Rahim Bin Ismail, Pengerusi RISDA Holdings merangkap ADUN N22 Pantai Manis, YB Datuk Johnny Mositun, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan YB Datuk Hajah Rosnah Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Merangkap ahli Parlimen P175 Papar.  Kehadiran kesemua menteri ini adalah satu usaha murni yang menandakan  bahawa kerajaan amat memandang serius terhadap kebersihan alam sekitar.
Objektif program ini adalah untuk menyebarkan kepada masyarakat mengenai bahaya kutu sampah akibat pembuangan sampah di merata tempat yang boleh menyebabkan penularan penyakit berbahaya kepada kesihatan. Kompoun sebanyak RM500 akan dikenakan kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan perkara ini. 

Majlis ini telah dihadiri oleh agensi kerajaan dan swasta termasuklah tiga buah sekolah yang terpilih di daerah Papar iaitu Sk.Surati, Sk.Pekan dan SMK Majakir, Papar. Sk.Pekan telah dilantik menjadi duta bagi program ini. Antara acara dilangsungkan sepanjang majlis ialah pembacaan ikrar oleh duta Anti Kutu Sampah, penyampaian sijil. Gimik pelancaran menaikkan belon pula dilaksanakan oleh kesemua VVIP yang hadir. Semoga usaha murni ini dapat disebarkan dan dilaksanakan dengan jayanya. 

Gimik pelancaran menaikkan belon ke udara
YB Rosnah mengetuai gimik 
Bacaan ikrar dari duta program
Penyampaian sijil kepada duta Anti Kutu
YB Haji Abdul Rahim Bin Ismail,. 
YB Ghulam Khan menerima cenderamata dari Encik Iman Ali, wakil daerah, daerah Papar
Wakil SMK Majakir. Puan Hajijah mengetuai rombongan
Semoga denda ini menyedarkan masyarakat
Wakil Sk. Pekan dan Sk.Surati bergambar kenangan bersama DO Bongawan.