Rabu, Disember 07, 2011

Sk.Surati Naib Johan Pertandingan OpenOffice.org Kategori 5 Terbaik Peringkat Kebangsaan 2011

Sk.Surati membawa pulang trofi, wang tunai RM1000 beserta sijil 
Jawapan kepada penantian Pertandingan OpenOffice.org Peringkat Kebangsaan kategori 5 terbaik 2011 terjawab sudah. Tarikh 29 November 2011 menjadi saksi pada sebuah kejayaan yang dilakar di Dewan PICC, Putrajaya apabila Sk.Surati dinobatkan menjadi Naib Johan bagi pertandingan yang berprestij ini.  Majlis penganugerahan ini telah disampaikan oleh YBhg. DATO' MOHAMMAD ZABIDI ZAINAL, KETUA PENGARAH MAMPU di PERSIDANGAN CHIEF INFORMATION OFFICER (CIO) MALAYSIA & MyGOSSCON, PICC, Putrajaya, Kuala Lumpur pada 29 November 2011.

Kejayaan ini sudah tentu membawa pulang segaris senyum bangga kepada Jabatan Pendidikan Sabah terutamanya sektor ICT yang merupakan pihak yang bertanggungjawab membawa kumpulan ini hingga ke peringkat kebangsaan. Sungguhpun gagal membawa balik gelaran johan yang menjadi idaman sejak mula pertandingan, namun kejayaan ini begitu besar nilainya buat negeri Sabah. Ini merupakan kali pertama pertandingan seumpama ini dilebarkan ke bahagian Sabah dan Sarawak sungguhpun ianya sudah 3 tahun diadakan di bahagian semenanjung Malaysia. Semoga Sk.Surati terus mantap dalam perjuangan memburu takhta Johan pada tahun seterusnya. Tahniah diucapkan kepada pasukan multimedia Sk.Surati!

Tempat ke-3, Sk.Sri Mahjung, Perak
Johan, Sk.Linggi, Negeri Sembilan
YBhg. DATO' MOHAMMAD ZABIDI ZAINAL, KETUA PENGARAH MAMPU 
Pasukan Sk.Surati