Rabu, Disember 07, 2011

Sk.Surati Johan Bilik Sumber PPDa Kategori Bandar Peringkat Negeri Sabah 2010


Setelah setahun menunggu, akhirnya tarikh 5 Disember 2011 (Isnin), Majlis Anugerah Bilik Sumber dan Sudut/Lorong Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Sabah sesi 2010-2011 telah diadakan. Bertempat di Dewan Mini Theatre, Sabah Trade Centre, Likas, majlis ini merupakan satu penghargaan kepada semua sekolah seluruh Negeri Sabah yang terlibat aktif dalam menjayakan program PPDa. Majlis ini dianjurkan oleh Unit PPDa, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, JPN Sabah. Ianya telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Hajjah Maimunah Binti Haji Suhaibul, Timbalan Pengarah Pelajaran, JPN Sabah.


Dalam majlis ini Sk.Surati telah muncul sebagai Johan Bilik Sumber Kategori Bandar bagi sesi 2010. Penyelaras PPDa Sk.Surati iaitu Puan Noraini haji Yusof merupakan orang yang bertanggungjawab dalam membawa satu enigma perubahan positif kepada kejayaan ini. Sungguhpun beliau tidak dapat hadir dalam majlis ini namun sudah pastilah kejayaan ini akan membuatkan tersenyum bangga. Segala penat lelah dan usaha yang telah dicurahkan selama ini akhirnya membuahkan hasil meskipun agak lama menanti jawapan. Sungguhpun kejayaann ini tidak dapat dikekalkan bagi sesi 2011, namun berkat kesungguhan dan semangat yang gigih sudah pastilah kegemilangan ini akan dapat dikecapi semula.

Tahniah kepada semua warga Sk.Surati atas kerjasama yang padu dalam menjayakan program ini.

Ucaptamah dari YM.Ir Datu Jamigul Bin Datu Salin, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, JPN Sabah
UCapan perasmian dari YBhg. Puan Hajah Maimunah Binti Haji Suhaibul, selaku Timbalan Pengarah Pelajaran, JPN Sabah
Encik Duraman Bakar, Guru Besar menerima cenderahati penyertaan 2010
Pasukan kerja Sk.Surati
Kejayaan diburu, kegemilangan pasti diungguli!
Dari kiri, Encik Duraman Bakar, Adik Nurdanisya, Puan NurJamnah Affzal dan Puan Zubaidah Ramley