Jumaat, April 29, 2011

KONVENSYEN DOKTER MUDA PERINGKAT NEGERI SABAH

KONVENSYEN DOKTER MUDA PERINGKAT NEGERI SABAH telah diadakan di 
KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU (KSKB), Bukit Padang. Konvensyen ini 
berlangsung selama 3 hari dua malam. Namun, kesemua peserta dan kontinjen menginap di 
Kompleks Sukan Likas, KK.  
Seramai 250 orang peserta dari KELAB DOKTER MUDA di seluruh Negeri Sabah dipilih 
untuk menjayakan program tersebut. Objektif utama program ini adalah untuk memberikan 
pendedahan awal kepada para pelajar mengenai kerjaya yang mempunyai potensi luas pada 
masa akan datang. Info lebih jelas mengenai Kelab ini boleh dilayari di  
http://www.drmuda.gov.my/DM/



Jumaat, April 22, 2011

Kejohanan Bola Baling MSSD Papar 12TKB 2011

Acara Kejohanan Bola Baling MSSD Papar 12TKB 2011 berlangsung selama dua hari bermula 
pada 13-14 April 2011 bertempat di Sk.Pengalat Besar. Sk.Surati menjadi tuan rumah bagi 
kejohanan ini namun akibat kekurangan fasilatas maka ianya di adakan di Sk.Pengalat Besar.
Kategori lelaki dan perempuan diadakan secara berasingan bagi memudahkan sistem 
perlawanan. Sk. Surati gagal meraih sebarang tempat dalam kejohanan ini.
Sk Surati menentang Sk.Kelatuan (0-0)

Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Daerah Papar 2011

Majlis Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Daerah Papar 2011 berlangsung dengan meriah. Sebanyak 24 buah sekolah bertanding dalam tiga kategori acara yang dipertandingkan iaitu Action Song, Public Speaking dan Story Telling. Tuan rumah bagi acara ini ialah SK.Kogopon namun diadakan secara berpusat di Sk.Surati. Berikut adalah pemenang bagi setiap kategori:

Ahad, April 03, 2011

PROGRAM PEMUAFAKATAN IBUBAPA SK.SURATI PAPAR

Program PEMUAFAKATAN IBUBAPA SK.SURATI PAPAR adalah bertujuan untuk memberi pendedahan serta perkongsian mengenai halatuju, cabaran dan persekitaran sekolah serta isu-isu pembelajaran anak-anak murid. Disamping itu, ianya merupakan satu usaha untuk membina kekuatan emosi, mental dan jati diri di kalangan ibubapa dalam menghadapi cabaran semasa. Dengan itu, adalah menjadi satu harapan agar prestasi UPSR 2011 akan turut dapat dilonjakkan.