Ahad, September 25, 2011

Program Bah Mari Kita Kasi Mati Aedes


Pada 24 September,2011 berlangsunglah acara 'Bah,Mari Kita Bunuh Aedes' yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Papar, Pejabat Kesihatan Papar dan Pejabat Pelajaran Daerah,Papar dengan kerjasama Sk.Surati,Papar. Acara ini dilangsungkan di Sk.Surati. Tentatif program adalah menjurus kepada kepentingan menjaga kebersihan demi membanteras nyamuk aedes. Objektif program adalah untuk menyedarkan masyarakat mengenai bahaya aedes yang boleh mengancam kehidupan. 

Gotong-royong dan ceramah mengenai bahaya aedes dijalankan di dewan terbuka Sk.Surati. Manakala pertandingan melukis poster pula dibuka kepada seluruh sekolah di daerah Papar. Pertandingan ini terbuka kepada 4 kategori iaitu sekolah rendah tahap 1 dan 2. Bagi sekolah menengah pula terbuka kepada menengah rendah dan atas, Pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari banyak sekolah. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. 


Kategori tahap 1
Kategori menengah rendah
Pengadil yang sedang berbicang pada keputusan yang sangat sengit
Antara poster yang dipertandingkan
Yang Berusaha Encik Abidin Marjan, PPD Papar menyampaikan hadiah kepada pemenang
Encik William Ahlan, wakil DO menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori menengah rendah
Barisan VIP 
Wakil kepada YB Rosnah, menyampaikan hadiah kepada Johan kategori menengah atas
Hakim yang dijemput, Puan Zarina (berbaju biru) dari SJS, Puan Hajijah sebagai ketua hakim dari SMK Majakir
dan Puan Zuraidah dari SK.St.Mary
Puan Hajijah bersama para pemenang
Inilah johan dari SMK Majakir
SJS membolot hampir semua kategori menengah.
Aiman, Johan kategori sekolah rendah tahap 2, dari Sk.Pekan