Jumaat, Julai 01, 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Papar 2011

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia merasmikan majlis
Pada 25 Jun, 2011, telah berlangsung perayaan sambutan Hari Guru Peringkat daerah Papar yang diadakan di Dewan Masyarakat, Papar. Acara ini bermula seawal jam 7.30 hingga tengahari. Seramai 1800 orang guru di seluruh daerah Papar dijangka hadir pada hari tersebut.

Acara hari guru tahun ini menyajikan sesuatu yang lebih istimewa berbanding sambutan sebelumnya. Sesuatu yang paling istimewa ialah acara ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Abdul Ghafar Bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Antara dif kehormat yang turut hadir memeriahkan majlis ini adalah Datuk Dr. Hj. Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Abdul Rahim Ismail, wakil rakyat Pantai Manis dan Datuk Karim Bin Haji Bujang, wakil rakyat Bongawan.


Pelbagai anugerah telah disampaikan pada hari tersebut sebagai pengiktirafan kepada kesungguhan sekolah-sekolah terbabit dalam kecemerlangan mereka. Selain itu, anugerah Jasamu dikenang dan Tokoh Guru juga turut disampaikan.

Acara tahun ini juga menyaksikan sebuah filem pendek yang diadakan sempena gimik pelancaran yang bertajuk Cinta Seorang Guru. Filem pendek ini telah dijayakan oleh Kru Multimedia di bawah pimpinan Encik Armin Mumin dan telah diarahkan oleh Encik Mohammad Azmi Bin Awang Ladis. Filem pendek ini adalah merupakan suatu gimik yang julung kali diadakan.

Sekitar majlis

Encik Abidin Marjan bersama Pengarah Pelajaran Sabah dan Ketua Pengarah Pelajaran
Bacaan ikrar yang diketua oleh Haji Moktar, Pengetua SMK Takis, Papar
Barisan VIP yang hadir
Kehadiran Tuan Pengarah disambut mesra 
Tokoh Guru : Puan Jarah, Madam Petronella dan Tuan Haji Ali Hassan
Persembahan nyayian Getaran Jiwa dari Awang Aim

Credit pictures to : http://www.smk-majakir.net/modules/news/
http://sabahkinimirror.blogspot.com/2011/06/guru-penjana-transformasi-rakyat.html
http://joelabu72.blogspot.com/